Influencing the Use of Computer Technology in the Middle Brain Performance and Its Role in Child Education

Research by:Heriyanto, M.Kom.



The application of computer technology who stimulated for mid brain and whole brain, can give positive contribution for education. By creating frequencies and other brain’s parts to be at a condition that we expected. Frequency and wave from computer technology can influented mid brain’s work to be stimulated and produce good hormones for humans body. By using certain Frequency which can stimulated gland to produce some hormones that we expected. Binaural Beat Frequency can interfered and stimulated brain’s wave to enter or make an expected situation of wave. By modulated Endorphin hormone with train the brain wave Alpha and Theta. Dophamine Hormone who produced by the mid brain can be stimulated with Binaural Beats frequency. Music has rthym and beats, those are can be produce by computer technology. Music has influenced for brain’s work, good audio or music is a good stimulator for brain’s work. Then music gives some effects for brain’s work and human’s brain progress. We can stimulated mid brain to give good effect for education. Frequency which produced with stimulated the brain’s wave to be a condition at Alpha and Theta wave. Endorphin can make us more energetic, otherwise substance or Endorphin hormone can raise learning will and memorize and it makes good contribution in education. Learning and memorize will be more easier to do if we have more Endorphin in brain. A balance Endorphin will bring a better memorized for children, and it makes them more easier to save and adsorb knowledge. Music can give stimulation for their progress with cognitive and EQ. Classical music produce Alpha wave which can make relax and stimulates brain’s neuron network in limbic system, it’s a part in memorized and perception, emotional control, mind control. Those things can control the emotion, problem solving, language, creativity, and other cognitive processes. We can see that application of computer technology can give support, and good effect for education.

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN KELEBIHAN KELENJAR PINEAL

 Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang.Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang memberikan kesan bermanfaat keatas jantung, tulang belakang dan keupayaaningatan serta perhatian seseorang.



SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDAyang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) –dalam erti kata lainjaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi,mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyrak & dhuha)dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah diperut dan hilang sifat cerianya.


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau diwaktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH iaitu bahaya. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia tenaga waktu Maghrib atau warna merah ialah memberi keyakinan, ia juga penting pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Kedudukan kelenjar pineal di otak dan hujung saraf tunjang, ia adalah prisma


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail.

Dalam keadaan sujud, di mana posisi jantung lebih tinggi dari kepala membuat aliran darah mudah menuju ke kepala. Darah yang mengandungi oksigen sangat diperlukan oleh otak untuk mengoptimumkan fungsinya. Oleh yang sedemikian sujud yang panjang khususnya pada solat tahajjud,akan memberikan masa untuk oksigen memenuhi otak secara maksimum. Selain itu, sujud dalam keadaan semua anggota tubuh dalam posisi yang betul sangat membantu memperbaiki kestabilan.



KELENJAR PINEAL

Allah S.W.T telah menjadikan manusia dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat,akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal.Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.Tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ketulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet. Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat.Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.





Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi,mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi,leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong dalam kumpulan yang tidak produktif.

Kelenjar Pineal terdapat di bahagian paling atas di tulang belakang. Ia adalah puncak bagi struktur biologi tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai pengagih tenaga dan penyebar tenaga cahaya kepada tenaga warna seperti sebuah prisma berlian. Rajah di atas menunjukkan kedudukan Kelenjar Pineal di puncak saraf tunjang. Kelenjar Pineal yang sihat akan menghasilan melatonin yang akan menjana dan memancarkan banyak ion-ion bercaj negatif atau elektron.Elektron ini akan mengalir ke bahagian tulang coccyx iaitu tulang ekor ke bahagian yang paling hujung yang dipanggil tulang sulbi iaitu kristal tubuh. Dalam rod magnetik tubuh, bahagian Kelenjar Pineal ialah kutub utara manakala bahagian tulang sulbi ialah kutub selatan. Sepanjang rod magnetik di bahagian tengah iaitu ruas tulang, saraf tunjang dan rawan di antaranya bersifat neutral iaitu tidak mempunyai caj dan berfungsi membawa isyarat.

Isyarat bertekanan tinggi akan disalirkan ke bahagian organ untuk terus bertenaga daripada Kelenjar Pineal. Organ akan menerima tenaga tersebut dan akan memproses sebarang masalah atau ganguan atau kehilangan tenaga yang akan dihantar semula maklumat tersebut dalam bentuk isyarat yang bertekanan rendah.

Isyarat bertekanan rendah akan dihantar ke coccyx di bahagial sulbi untuk dineutralkan. Proses peneutralan akan berlaku sekiranya Kelenjar Pineal membebaskan cukup elektron untuk dihantar ke Sulbi melalui medan arus elekromagnetik yang melingkari sekitar tubuh. Jika isyarat bertekanan rendah ini gagal dineutralkan oleh sulbi, maka ia akan dipendamkan ke dalam ruas tulang belakang hingga boleh menyebabkan tulang belakang menjadi lemah struktur ikatan molekulnya, lemah dan menyebabkan kesakitan. 


IQ VS EQ



Berbicara soal otak kanan dan otak kiri pasti tidak pernah lepas dari peranannya sebagai pusat kecerdasan yang terbahagi kepada IQ, EQ, SQ dan ESQ. IQ (kecerdasan intelektual) adalah kecerdasan inteligensi yang berpusat pada otak kiri. EQ(kecerdasan emosi) adalah kecerdasan emosional yang berpusat pada otak kanan, SQ ialah kecerdasan spiritual dan ESQ adalah gabungan antara EQ dan SQ.



Menurut teori, orang yang tinggi IQ nya maka otak kirinya yang dominan sedangkan orang yang tinggi EQ nya lebih cenderung dominan otak kanannya. Banyak orang membuat spekulasi bahwa orang yang cerdas dan tinggi IQ pasti berjaya.



Namun, tahukah anda bahwa IQ bukanlah segalanya. Kecerdasan emosional juga penting. Dalam buku yang pernah saya baca, EQ harus lebih dominan dari IQ, kerana jika dapat menstabilkan emosi dan mengolahnya dengan cerdas maka IQ pun automatik akan bekerja dengan baik. Apalagi jika SQ juga mengiringi. Kebanyakan orang-orang yang berjaya adalah yang dominan otak kanannya.



Orang yang cerdas otak kanannya pandai dalam bersosialisasi iaitu berkomunikasi dengan orang lain dan dirinya sendiri, mampu bertahan dan dapat memotivasi diri. Kelebihan ini bukan hanya memberi kecerdasan dalam ilmu pengetahuan dan berinteraksi sahaja namun juga bertakwa kepada Tuhan-Nya.

OUR MID BRAIN


Left Brain is believed to operate at Beta wave frequency (14- 30 hertz cycles per second). This is the brain we are most familiar with, having developed this brain in traditional academic settings.

Right Brain, the image brain, is believed to work at Alpha wave frequency (8 to 13 hertz cycles per second). It is associated with a creativity, images, music and also relaxed alert state of mind such as in meditation.

The Mid Brain, is believed to ‘act’ as a bridge between our Left and Right Brain. Having an active Mid Brain, we believe, will ‘widen’ the channel of communication between the left and right brain resulting in a more balanced use of ‘Whole Brain’. -



.::Pengaktifan Otak Tengah::.

       Pengaktifan otak tengah adalah suatu penemuan fenomena dalam pendidikan kanak-kanak. Teori penggunaan otak tengah sebenarnya telah banyak dilakukan pada banyak negara-negara di Asia terutama Jepun. Jepun telah lama melakukan praktik pengaktifan otak tengah pada anak-anak.Seorang anak yang telah diaktifkan otak tengah akan memiliki kemampuan lebih dibandingkan dengan anak yang otak tengahnya belum di aktifkan lagi. Kegiatan dengan mata tertutup adalah suatu kegiatan yang paling nyata dapat dilihat. Seorang
anak yang telah diaktifkan otak tengahnya (Mid Brain Activated) dapat mempunyai kemampuan luar biasa. Ini dapat dilakukan sendiri oleh anak-anak yang hanya mengikuti kursus pengaktifan otak tengah selama 2 hari.     
           Kemampuan dasar yang dapat dilakukan adalah ‘melihat’ dengan mata ditutup (blind fold). Contohnya bagi sesetengah kanak-kanak setelah mengikuti kursus pengaktifan otak tengah, dapat melihat angka, warna dan bentuk gambar dengan mata tertutup. Ia dapat mempergunakan indra rasa untuk melihat pola dan warna lengkap dengan angka hanya dengan penglihatan kulit (Skin Vision). Pengaktifan otak tengah bukanlah suatu hal yang magik atau berbau supranatural. Pengaktifan otak tengah dilakukan dengan secara ilmiah. IA  banyak mengunakan gelombang otak Alpha. Gelombang otak Alpha di buktikan secara ilmiah adalah gelombang otak yang muncul dominan pada saat kita dalam keadaan relax dan paling kreatif. Gelombang otak ini biasanya dominan pada saat kita bangun tidur, atau dalam keadaan relax.     
        Tidak hairan mengapa Archimedes menemukan hukum Achimedes pada saat dia mandi.Otak tengah yang diaktifkan akan memancarkan gelombang otak yang mirip seperti radar. Hal ini membuat pemiliknya mampu melihat benda dalam keadaan mata tertutup.Latihan yang teratur dapat membuatkan anak menjadi lebih kuat dan mampu melihat benda yang terletak lebih tinggi lagi. Bahkan ada beberapa anak yang dapat menjangkau hingga 360 darjah. Hal itu bererti mereka dapat menjelaskan benda yang terletak di belakang, atas dan semua arah.
            Banyak anggota masyarakat bertanya-tanya Mengapa anak yang ditutup matanya mampu "melihat" sesuatu dengan mata tertutup? Jika anda menyedari bahawa manusia adalah makhluk yang paling sempurna yang diciptakan Tuhan, maka sesungguhnya fenomena seperti ini adalah hal yang wajar saja kerana manusia akan terus menerus akan melakukan penelitian terhadap upaya peningkatan kualiti manusia khususnya penelitian tentang otak. Jika sekarang ini banyak orang yang memandang "aneh" fenomena otak tengah, maka di masa depan, kemampuan seperti ini akan banyak dimiliki kanak-kanak dan sudah merupakan hal yang wajar. Jadi sesungguhnya penemuan metod mengaktifkan otak tengah merupakan hasil dari jalan panjang puluhan tahun yang dikembangkan oleh ilmuwan-ilmuwan dunia.

.::Fungsi Otak yang Mempengaruhi Hidup Kita::.

Dalam pelbagai data klinikal yang diamati oleh para doktor jiwa mahupun saraf, menunjukkan kaitan yang sangat erat antara kualiti Jiwa dengan kualiti otak seseorang. Jika otak seseorang mengalami gangguan secara medikal atau mengalami kerosakan, maka diperoleh kenyataan bahawa orang tersebut juga mengalami gangguan Jiwa seiring dengan bahagian yang mengalami kerosakan tersebut.
Sebagaimana mata, telinga dan indera lainnya. Ini kerana panca indera adalah alat untuk berkomunikasi dengan dunia di luar tubuh seseorang. Jika ia rosak, maka kualiti Jiwanya juga menjadi terganggu. Ini menunjukkan bahwa kerosakan struktur otak ternyata memberikan gangguan pada kualiti Jiwa seseorang secara nyata. Ada bahagian-bahagian otak yang bertanggungjawab kepada emosi, rasa malu, sedih, tingkahlaku tidak terkawal, dan sebagainya.
(1) Seluruh pancaindera kita dikendalikan oleh otak. Jika sel-sel otak yang berkaitan dengan pancaindera itu rosak, maka fungsi indera kita juga bakal rosak atau tidak berfungsi secara normal. Contohnya adalah fungsi penglihatan. Meskipun organ mata kita sihat, tetapi jika sel-sel pusat penglihatan kita yang berada di Kulit Otak bahagian belakang mengalami kerosakan, kita juga tidak akan boleh melihat.
(2) Otak juga mengendalikan seluruh gerakan organ-organ tubuh. Gerakan tangan, kaki, kepala, dan seluruh otot atau persendian yang dikendalikan dari otak. Orang-orang yang terkena serangan stroke, dan kemudian mengalami kerosakan di pusat pengendalian gerakan itu, maka dia bakal mengalami lumpuh. Ada yang lumpuh separuh ada juga yang lumpuh secara total, seiring dengan tahap keparahannya. Lebih jauh, otak juga menjadi pusat bahasa. Mulai dari memori perbendaharaan kata, pemahaman, hingga kepada proses verbalnya. Pusat bahasa ini menempati wilayah yang sangat luas di otak manusia. Di antaranya daerah yang mengendalikan lidah dan tangan.
(3) Berkaitan dengan aktiviti bahasa, iaitu bicara dan menulis,  ini  menunjukkan bahawa otak manusia memang dicipta oleh Allah untuk banyak berinteraksi dengan bahasa. Struktur otak yang demikian ini tidak dimiliki oleh  makhluk  lain,  selain  manusia. Wilayah bahasa sangat khas pada manusia. Ini kerana dengan bahasa itulah manusia menampilkan peradabannya. Manusia boleh menulis dan menyampaikan sejarah peradabannya melalui bahasa. Manusia mengeluarkan karya-karya besarnya juga dengan bahasa. Manusia boleh merumuskan ilmu pengetahuan dan teknologi juga dengan bahasa. Bahasa menunjukkan betapa manusia adalah makhluk yang paling sempurna di muka bumi. Lebih jauh, otak juga mengendalikan fungsi-fungsi yang lebih luhur dalam kehidupannya. 
(4) Berkaitan dengan emosi.  Rasa  senang,  bahagia,  sedih,  menderita,  benci  dan  kasih sayang, semuanya dikendalikan oleh pusat ingatan emosi di bahagian otak yang disebut sebagai amygdala. Sedangkan pusat ingatan yang bersifat rasional berada di bahagian otak yang disebut sebagai Hippocampus.

.::Anatomi dan Fungsi Otak Manusia::.

Otak mengendalikan semua fungsi tubuh kita. Otak merupakan pusat dari keseluruhan tubuh kita. Jika otak kita sehat, maka akan mendorong kesihatan tubuh serta menunjang kesihatan mental kita dengan baik. Sebaliknya,  apabila otak kita terganggu, maka kesihatan tubuh dan mental kita juga ikut terganggu.

Seandainya jantung atau paru-paru berhenti bekerja selama beberapa minit, kita masih boleh bertahan. Akan tetapi jika otak kita berhenti bekerja selama satu detik saja, maka tubuh kita akan mati. Disebabkan itulah kenapa otak disebut sebagai organ yang paling penting dari seluruh organ di tubuh manusia.

Selain paling penting, otak juga merupakan organ yang paling rumit. Membahas tentang anatomi dan fungsi otak secara detail boleh memakan waktu berhari-hari lamanya.

                    FUNGSI BAHAGIAN OTAK:
Otak mempunyai lima bahagian utama, iaitu: serebrum,  otak  tengah , otak kecil (serebelum), medulla oblongata), dan jambatan varol.
•  Serebrum 
Serebrum mempunyai fungsi dalam pengaturan semua aktiviti mental, iaitu yang berkaitan dengan kepandaian (intelegen), ingatan (memori), kesedaran, dan pertimbangan.
Serebrum merupakan sumber dari semua kegiatan/gerakan sedar atau sesuai dengan kehendak korteks otak, walaupun terdapat juga beberapa gerakan refleks otak. Selain itu terdapat area asosiasi yang menghubungkan area motor dan sensorik. Area ini berperanan dalam proses pembelajaran, menyimpan ingatan, membuat kesimpulan, dan mempelajari pelbagai bahasa. Di sekitar kedua area tersebut adalah bahagian yang mengatur
kegiatan psikologi yang lebih tinggi. Misalnya bahagian depan merupakan pusat proses berfikir (iaitu mengingat, analisis, berbicara, kreativiti) dan emosi. Pusat penglihatan terdapat di bahagian belakang.
• Otak tengah  
Otak tengah terletak di depan otak kecil dan jambatan varol. Di depan otak tengah terdapat talamus dan kelenjar hipofisis yang mengatur kerja kelenjar-kelenjar endokrin. Bahagian atas (dorsal) otak tengah merupakan lobus optikus yang mengatur refleks mata seperti penyempitan pupil mata, dan juga merupakan pusat pendengaran.
• Otak kecil (serebelum) 
Serebelum mempunyai fungsi utama dalam koordinasi gerakan otot yang terjadi secara sedar, keseimbangan, dan posisi tubuh. Bila ada rangsangan yang merugikan atau berbahaya,maka gerakan sedar yang normal tidak mungkin dilaksanakan.
• Medulla oblongata
Medulla oblongata berfungsi menghantar impuls yang datang dari medula spinalis menuju ke otak. Medulla oblongata juga mempengaruhi jambatan, refleks fisiologi seperti detik jantung, tekanan darah, volume dan kecepatan respirasi, gerak alat pencernaan, dan sekresi kelenjar pencernaan. Selain itu, medulla oblongata juga mengatur gerakan refleks yang lain seperti bersin, batuk, dan kedip mata.
• Jambatan varol (pons varoli) 
Jambatan varol berisi serabut saraf yang menghubungkan otak kecil bahagian kiri dan kanan, juga menghubungkan otak besar dan sumsum tulang belakang. 

.::Otak Kiri, Kanan, dan Tengah::.

     Makoto.ShichidaPendidik Japan terkenal, para ahli perkembangan otak kanan):
Otak tengah adalah jambatan Komunikasiuntuk mengfungsikan potensi antara otak kiri dan kanan dengan efektif, otak tengah mesti diaktifkan.

Hominid (Otak Kanan)
-Tidak ada  bahasa, otak kiri belum dibangunkan
-Super telepati
- Kemampuan memprediksi memprediksi bencana alam
- kemampuan mata ketiga
Manusia ModenOtak Kiri
- Memiliki kemampuan bahasa, kemampuan
otak kiri untuk menekan otak kanan.
- Otak manusia, kehilangan banyak naluri asli
- Rasional dikembangkan, namun mulai
cenderung egois, iri hati.
Manusia IdeaKeseimbangan antara otak kiri dan otak kanan
-Kemampuan otak tengah dipulihkan
-Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan  kanan
- Rasa resonansi dan alam semesta

.::Kenali Otak Anda::.

1.  Dalam kehidupan ini, otak kita menguruskan ratusan juga data bagi setiap saat.
2.  Otak mentransmisikan mesej data dengan kelajuan sehingga 250km sejam, dengan melalui trilion rangkaian sel.
3.  Dalam keadaan sedar, otak dapat menghasilkan 25 watt kuasa elektrik yang mana ia mencukupi untuk menghidupkan sebiji mentol.
4.  Otak merangkumi 2% daripada berat tubuh tetapi dihilangkan sebanyak 20% sebagai tenaga manusia.
5.  Lalat mempunyai 100,000 sel otak, tikus sebanyak 5,000,000, monyet sebanyak 10,000,000 dan otak manusia mempunyai 100,000,000,000 sel otak.
6.  Jumlah rangkaian sel otak manusia adalah diantara 10 daripada 800 kali, dalam dunia ini, hanya 10 daripada 40 kali jumlah atom.
7.  Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan diantara otak manusia.
8.  Jumlah kapasiti otak kanan adalah 100 kali otak kiri.  Sesetengah manusia hanya menggunakan 3%, 97% tersimpan pada otak kanan bahagian tidak sedar.  

.::Apa Kata Saintis?::.


Para saintis telah mendapati bahawa minda kiri manusia adalah berkaitan dengan hal logik, berfikir secara rasional.  Minda kanan pula berkaitan dengan imej sebagai sumber kreativiti, bab seni dan pengalaman pembelajaran.  Jumlah simpanan memori minda kanan adalah 100 juta kali daripada minda kiri.  Sebagai tambahan, minda kanan mempunyai kuasa lensa (fungsi mata persediaan), telepati dan kepantasan memori ultra tinggi.  Walaubagaimanapun, sebanyak 95% manusia hanya menggunakan minda kiri sahaja.  Para saintis menunjukkan bahawa dalam seumur hidup kebanyakkan manusia hanya menggunakan 3% hingga 4% daripada jumlah keseluruhan otak. Manakala baki sebanyak 97% terbenam pada minda kanan yang tidak sedar.  Ini merupakan kenyataan yang sangat mengecewakan dan dikesali!

Pengetahuan yang disampaikan guru kebanyakkannya adalah melalui latihan yang terlalu banyak dan berulang, ujian dan cara yang pelbagai dipindahkan kepada pelajar.  Tetapi cara ini hanya dapat membuka minda kiri sahaja.  Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak kurang mendapat peluang untuk mengembangan minda kanan, salah seorang pakar pendidikan menyatakan : “ Potensi
perkembangan otak adalah seperti kita berbasikal menggunakan sebelah kaki sahaja”.

Lagi pula, potensi minda kanan jika tidak disertakan perkembangan latihan akan menjejaskan proses pertumbuhan.  Menurut pakar ketujuh pendidikan penyelidikan Jepun terhadap perkembangan otak, Dr.Ji Tian Zhen bahawa kebanyakkan pengajaran melalui pengalaman praktikal menunjukkan sewaktu fetal (semasa hamil) dan umur diantara setahun hingga tiga tahun merupakan waktu kemuncak perkembangan minda kanan. Tetapi, selepas tiga tahun, dijangka perkembangan pembelajaran bahasa menjalankan pemikiran logik minda kiri.  Selain itu, minda kiri dapat menghalang fungsi minda kanan, semasa perkembangan minda kiri, otak kanan tidak dapat memainkan peranan.  Disebabkan itulah kefungsian minda kanan tidak disedari menyebabkan manusia tidak sedar akan kewujudan untuk sekian lama.  Kadang-kala ia wujud pada sesetengah orang dan kita akan menggelarnya sebagai kebolehan luar biasa atau kebolehan istimewa.           

.::Kaitan Otak Tengah dan Kanan::.


Apakah kaitannya ? Otak tengah adalah jambatan antara otak kiri dan otak kanan. Setelah otak tengah dibangunkan maka otak kanan dapat berfungsi dengan banyak kelebihan. Keadaan ini berlaku kerana otak tengah telah dibangukan. Kalau boleh diibaratkan seperti litar elektrik yang sudah mempunyai arus. Maka Otak kanan juga dapat dimanfaatkan dengan lebih banyak.

Kursus Latihan Imej Memori dan Perkembangan Minda Kanan: 
Ø      Memberi keajaiban kepada anak anda 
Ø  Fungsi mata persediaan memberi kesempurnaan hidup 
Ø  Memberi kebolehan tidak mudah lupa ketika belajar

Kursus ini menggunakan latihan pendidikan saintifik yang terkini dan terpantas. Dalam jangkamasa yang pendek sahaja dapat membuka potensi minda kanan.

.::Bagaimana Mengaktifkan Otak Tengah?::.

Terdapat pelbagai cara untuk mengaktifkan otak tengah yang memang sudah sedia ada. Antaranya ialah dengan menggunakan
Ø  teknik pengkomputeran
Ø  kemahiran bahasa
Ø  kemahiran mental
Ø  kemahiran psikologi
Ø  kemahiran komunikasi
Ø  kemahiran intrapersonal
Ianya tidaklah susah, dalam masa dua hari sahaja otak tengah anda sudah dapat diaktifkan semula menggunakan cara-cara ini.

            Apabila otak tengah telah diaktifkan, kita tidak boleh mambiarkannya begitu sahaja. Kita harus melatihnya atau mempraktikkan penggunaannya selama  15 minit sehari untuk mengelakkannya keberkesanannya daripada berkurangan dan terus hilang. 

.:: Apa itu Otak Tengah?::.

Otak tengah adalah otak yang terletak di antara otak kiri dan kanan. Ia juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi tiga ratus juta serat saraf. Ianya juga akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi. Otak tengah yang telah diaktifkan akan dapat membantu otak kanan dan otak kiri berfungsi dengan seimbang.
Seperti yang kita ketahui,otak kiri kita banyak berfungsi untuk kegunaan bahasa. Seperti memahami,berbicara,membaca nota dan sebagainya. Kelajuan otak kiri adalah agak rendah, manakala otak kanan pula banyak berfungsi mengenai grafik dan ianya juga berkelajuan tinggi. Jika kita gunakan otak kanan kelajuan memori kita juga akan tinggi.
Kita mempunyai otak tengah sewaktu kita didalam kandungan ibu  lagi. Sewaktu kita kecil,kita memang menggunakan otak tengah. Apabila usia kita meningkat,kita sudah mula tidak menggunakan otak tengah dan kita menggunakan otak kiri dan kanan Untuk menggunakan otak tengah, kita haruslah mengaktifkannya semula sebelum menginjak tiga belas tahun kerana apabila usia kita telah meningkat,ianya adalah amat sukar untuk mengaktifkannya semula.
Sewaktu kita berusia 3 hingga 4 minggu didalam kandungan ibu iaitu semasa fasa pertama pembentukan otak bayi, bahagian otak tengah kita adalah lebih besar daripada otak biasa. Pada fasa kedua pembentukan otak kita iaitu sewaktu kita berusia 7 minggu didalam kandungan ibu, otak tengah kita bergerak kehadapan sedikit dan mengecil sedikit. Pada minggu kesebelas,otak tengah kita kelihatan sudah semakin mahu masuk ke bahagian sebelah dalam otak. Akhir sekali,sewaktu bayi dilahirkan,otak tengah kita sudah berada di bahagian dalam otak kita.