Otak tengah adalah otak yang terletak di antara otak kiri dan kanan. Ia juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi tiga ratus juta serat saraf. Ianya juga akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi. Otak tengah yang telah diaktifkan akan dapat membantu otak kanan dan otak kiri berfungsi dengan seimbang.
Seperti yang kita ketahui,otak kiri kita banyak berfungsi untuk kegunaan bahasa. Seperti memahami,berbicara,membaca nota dan sebagainya. Kelajuan otak kiri adalah agak rendah, manakala otak kanan pula banyak berfungsi mengenai grafik dan ianya juga berkelajuan tinggi. Jika kita gunakan otak kanan kelajuan memori kita juga akan tinggi.
Kita mempunyai otak tengah sewaktu kita didalam kandungan ibu lagi. Sewaktu kita kecil,kita memang menggunakan otak tengah. Apabila usia kita meningkat,kita sudah mula tidak menggunakan otak tengah dan kita menggunakan otak kiri dan kanan Untuk menggunakan otak tengah, kita haruslah mengaktifkannya semula sebelum menginjak tiga belas tahun kerana apabila usia kita telah meningkat,ianya adalah amat sukar untuk mengaktifkannya semula.
Sewaktu kita berusia 3 hingga 4 minggu didalam kandungan ibu iaitu semasa fasa pertama pembentukan otak bayi, bahagian otak tengah kita adalah lebih besar daripada otak biasa. Pada fasa kedua pembentukan otak kita iaitu sewaktu kita berusia 7 minggu didalam kandungan ibu, otak tengah kita bergerak kehadapan sedikit dan mengecil sedikit. Pada minggu kesebelas,otak tengah kita kelihatan sudah semakin mahu masuk ke bahagian sebelah dalam otak. Akhir sekali,sewaktu bayi dilahirkan,otak tengah kita sudah berada di bahagian dalam otak kita.