.::Otak Kiri, Kanan, dan Tengah::.

     Makoto.ShichidaPendidik Japan terkenal, para ahli perkembangan otak kanan):
Otak tengah adalah jambatan Komunikasiuntuk mengfungsikan potensi antara otak kiri dan kanan dengan efektif, otak tengah mesti diaktifkan.

Hominid (Otak Kanan)
-Tidak ada  bahasa, otak kiri belum dibangunkan
-Super telepati
- Kemampuan memprediksi memprediksi bencana alam
- kemampuan mata ketiga
Manusia ModenOtak Kiri
- Memiliki kemampuan bahasa, kemampuan
otak kiri untuk menekan otak kanan.
- Otak manusia, kehilangan banyak naluri asli
- Rasional dikembangkan, namun mulai
cenderung egois, iri hati.
Manusia IdeaKeseimbangan antara otak kiri dan otak kanan
-Kemampuan otak tengah dipulihkan
-Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan  kanan
- Rasa resonansi dan alam semesta

.::Kenali Otak Anda::.

1.  Dalam kehidupan ini, otak kita menguruskan ratusan juga data bagi setiap saat.
2.  Otak mentransmisikan mesej data dengan kelajuan sehingga 250km sejam, dengan melalui trilion rangkaian sel.
3.  Dalam keadaan sedar, otak dapat menghasilkan 25 watt kuasa elektrik yang mana ia mencukupi untuk menghidupkan sebiji mentol.
4.  Otak merangkumi 2% daripada berat tubuh tetapi dihilangkan sebanyak 20% sebagai tenaga manusia.
5.  Lalat mempunyai 100,000 sel otak, tikus sebanyak 5,000,000, monyet sebanyak 10,000,000 dan otak manusia mempunyai 100,000,000,000 sel otak.
6.  Jumlah rangkaian sel otak manusia adalah diantara 10 daripada 800 kali, dalam dunia ini, hanya 10 daripada 40 kali jumlah atom.
7.  Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan diantara otak manusia.
8.  Jumlah kapasiti otak kanan adalah 100 kali otak kiri.  Sesetengah manusia hanya menggunakan 3%, 97% tersimpan pada otak kanan bahagian tidak sedar.  

.::Apa Kata Saintis?::.


Para saintis telah mendapati bahawa minda kiri manusia adalah berkaitan dengan hal logik, berfikir secara rasional.  Minda kanan pula berkaitan dengan imej sebagai sumber kreativiti, bab seni dan pengalaman pembelajaran.  Jumlah simpanan memori minda kanan adalah 100 juta kali daripada minda kiri.  Sebagai tambahan, minda kanan mempunyai kuasa lensa (fungsi mata persediaan), telepati dan kepantasan memori ultra tinggi.  Walaubagaimanapun, sebanyak 95% manusia hanya menggunakan minda kiri sahaja.  Para saintis menunjukkan bahawa dalam seumur hidup kebanyakkan manusia hanya menggunakan 3% hingga 4% daripada jumlah keseluruhan otak. Manakala baki sebanyak 97% terbenam pada minda kanan yang tidak sedar.  Ini merupakan kenyataan yang sangat mengecewakan dan dikesali!

Pengetahuan yang disampaikan guru kebanyakkannya adalah melalui latihan yang terlalu banyak dan berulang, ujian dan cara yang pelbagai dipindahkan kepada pelajar.  Tetapi cara ini hanya dapat membuka minda kiri sahaja.  Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak kurang mendapat peluang untuk mengembangan minda kanan, salah seorang pakar pendidikan menyatakan : “ Potensi
perkembangan otak adalah seperti kita berbasikal menggunakan sebelah kaki sahaja”.

Lagi pula, potensi minda kanan jika tidak disertakan perkembangan latihan akan menjejaskan proses pertumbuhan.  Menurut pakar ketujuh pendidikan penyelidikan Jepun terhadap perkembangan otak, Dr.Ji Tian Zhen bahawa kebanyakkan pengajaran melalui pengalaman praktikal menunjukkan sewaktu fetal (semasa hamil) dan umur diantara setahun hingga tiga tahun merupakan waktu kemuncak perkembangan minda kanan. Tetapi, selepas tiga tahun, dijangka perkembangan pembelajaran bahasa menjalankan pemikiran logik minda kiri.  Selain itu, minda kiri dapat menghalang fungsi minda kanan, semasa perkembangan minda kiri, otak kanan tidak dapat memainkan peranan.  Disebabkan itulah kefungsian minda kanan tidak disedari menyebabkan manusia tidak sedar akan kewujudan untuk sekian lama.  Kadang-kala ia wujud pada sesetengah orang dan kita akan menggelarnya sebagai kebolehan luar biasa atau kebolehan istimewa.           

.::Kaitan Otak Tengah dan Kanan::.


Apakah kaitannya ? Otak tengah adalah jambatan antara otak kiri dan otak kanan. Setelah otak tengah dibangunkan maka otak kanan dapat berfungsi dengan banyak kelebihan. Keadaan ini berlaku kerana otak tengah telah dibangukan. Kalau boleh diibaratkan seperti litar elektrik yang sudah mempunyai arus. Maka Otak kanan juga dapat dimanfaatkan dengan lebih banyak.

Kursus Latihan Imej Memori dan Perkembangan Minda Kanan: 
Ø      Memberi keajaiban kepada anak anda 
Ø  Fungsi mata persediaan memberi kesempurnaan hidup 
Ø  Memberi kebolehan tidak mudah lupa ketika belajar

Kursus ini menggunakan latihan pendidikan saintifik yang terkini dan terpantas. Dalam jangkamasa yang pendek sahaja dapat membuka potensi minda kanan.

.::Bagaimana Mengaktifkan Otak Tengah?::.

Terdapat pelbagai cara untuk mengaktifkan otak tengah yang memang sudah sedia ada. Antaranya ialah dengan menggunakan
Ø  teknik pengkomputeran
Ø  kemahiran bahasa
Ø  kemahiran mental
Ø  kemahiran psikologi
Ø  kemahiran komunikasi
Ø  kemahiran intrapersonal
Ianya tidaklah susah, dalam masa dua hari sahaja otak tengah anda sudah dapat diaktifkan semula menggunakan cara-cara ini.

            Apabila otak tengah telah diaktifkan, kita tidak boleh mambiarkannya begitu sahaja. Kita harus melatihnya atau mempraktikkan penggunaannya selama  15 minit sehari untuk mengelakkannya keberkesanannya daripada berkurangan dan terus hilang. 

.:: Apa itu Otak Tengah?::.

Otak tengah adalah otak yang terletak di antara otak kiri dan kanan. Ia juga dikenali sebagai jambatan otak yang mengandungi tiga ratus juta serat saraf. Ianya juga akan mengeluarkan hormon otak yang berfungsi untuk mengatur fungsi saraf autonomi. Otak tengah yang telah diaktifkan akan dapat membantu otak kanan dan otak kiri berfungsi dengan seimbang.
Seperti yang kita ketahui,otak kiri kita banyak berfungsi untuk kegunaan bahasa. Seperti memahami,berbicara,membaca nota dan sebagainya. Kelajuan otak kiri adalah agak rendah, manakala otak kanan pula banyak berfungsi mengenai grafik dan ianya juga berkelajuan tinggi. Jika kita gunakan otak kanan kelajuan memori kita juga akan tinggi.
Kita mempunyai otak tengah sewaktu kita didalam kandungan ibu  lagi. Sewaktu kita kecil,kita memang menggunakan otak tengah. Apabila usia kita meningkat,kita sudah mula tidak menggunakan otak tengah dan kita menggunakan otak kiri dan kanan Untuk menggunakan otak tengah, kita haruslah mengaktifkannya semula sebelum menginjak tiga belas tahun kerana apabila usia kita telah meningkat,ianya adalah amat sukar untuk mengaktifkannya semula.
Sewaktu kita berusia 3 hingga 4 minggu didalam kandungan ibu iaitu semasa fasa pertama pembentukan otak bayi, bahagian otak tengah kita adalah lebih besar daripada otak biasa. Pada fasa kedua pembentukan otak kita iaitu sewaktu kita berusia 7 minggu didalam kandungan ibu, otak tengah kita bergerak kehadapan sedikit dan mengecil sedikit. Pada minggu kesebelas,otak tengah kita kelihatan sudah semakin mahu masuk ke bahagian sebelah dalam otak. Akhir sekali,sewaktu bayi dilahirkan,otak tengah kita sudah berada di bahagian dalam otak kita.