MINDA SEPARA SEDAR


Saya cuba menghuraikan apa itu Alpha & Theta dalam berbincang tentang Minda Separa Sedar (Subconscious Mind)


Teknik 'Subconscious Mind' melatih kita mengunakan kaedah relaksasi (relaxation), yg mana kita kena masuk dalam Alam Alpha, kondisi relaks hingga gelombang otak (brainwave) kita, berada dalam gelombang perlahan dari normal. contoh seperti didalam video di atas

Beta

Kondisi otak & minda dalam kondisi normal, dalam persekitaran atau pemikiran yang sibuk, tidak rileks. Tahap Beta ini tak perlulah kita bincangkan, mari kita terus ke level seterusnya - Alpha.

Alpha

Dalam kondisi ini - 'Alpha State' ← (sila search) atau berada dlm Alam Alpha, kita berada dlm keadaan relaks. Pendek kata keadaan yang sangat rileks, otak kita tak berfikir perkara² lain, hanya fokus pada satu perkara dengan tenang, (contoh menonton movie dengan begitu asyiknya), ketika ini gelombang otak (brainwave) kita berada sekitar 8 - 12 cycle/second (hertz), berbanding normal 13 - 25 cycle/second.Membaca juga membawa otak / minda kita kepada kondisi rileks dan fokus pada pembacaan. Amalan membaca mampu membawa kita masuk ke dalam 'Alpha state'. Bila kita membaca sesuatu kisah, kita mudah terbawa ke dalam hayalan kisah tersebut.Ya otak kita adalah super prosessor komputer yang memproses maklumat seperti prosessor pc yg dikira dlm 'hertz' atau 'megahertz'. Dalam level Alpha inilah kita boleh memberi saranan kepada minda kita untuk menerima suatu arahan.

Theta

Bagaimanapon sekiranya kita lebih rileks lagi, iaitu mengosongkan minda kita terus dari perkara² luaran / lain, kita akan masuk ke dalam Minda Bawah Sedar yang lebih dalam lagi (deeper Subconscious mind), tahap ini dipanggil Theta iaitu gelombang otak kita sekitar 4 - 7 hertz. Tapi awas pada tahap ni kita akan mudah tertidur.. sebab di tahap Theta otak kita tidak dipengaruhi oleh persekitaran luar, seolah-olah kita hampir² tertidur, tapi masih sedar. Pada tahap ini jugalah Minda Separa Sedar kita lebih kuat / aktif dari tahap Alpha.. dan lebih mudah 'memberi arahan' kepada otak / minda kita akan lakukan apa yang kita mahu. Ketika ini jugalah dikatakan kita berada dalam keadaan khusyuk, sangat sesuai untuk berdoa.

Delta

Delta adalah tahap yang jauh lebih rileks lagi, iaitu tidur nyenyak. Pada tahap ini apa-apa arahan kepada otak / minda sudah tidak berkesan.. abaikan.



Minda Separa Sedar - Alpha & Theta

Sila latih diri anda untuk mudah berada dalam Alam Alpha (Alpha State) secara sedar, atau sampai ke tahap Theta tapi hati² jgn sampai tertidur lak, untuk memudahkan anda melakukan sesuatu arahan kepada minda.



Ini adalah 4 tahap Gelombang Otak kita yg menunjukkan 4 tahap keadaan / kondisi tubuh kita.

Beta - normal / sedar : 13 - 30 hertz (fully alert)
Alpha - rileks : 8 - 12 herts
Tetha - super rileks / hampir² tidur : 4 - 7 hertz
Delta - tidur nyenyak : 0.5 - 3.5 hertz 


Di tahap Alpha , atau Tetha , anda perlu mula memainkan peranan untuk memberi 'arahan' kepada otak / minda anda supaya diri anda akan menerima arahan otak / minda anda. Arahan inilah yang penting perlu diberikan kepada minda supaya minda akan menerima dan PERCAYA (Believe) setiap arahan anda sendiri. Arahan kepada minda perlu diberi dalam keadaan rileks iaitu di tahap Alpha (atau Theta). Minda kita akan mudah menerima arahan ditahap ini sebab gelombang otak seolah² sedang terbuka untuk menerima maklumat baru. Dan setiap maklumat yg diterima dlm kondisi rileks ini akan disimpan sebagai maklumat yg 'Benar'. Teknik ini memerlukan fokus yang tinggi .. supaya arahan kepada minda tu akan benar² 'confirm' atau melekat dalam minda kita.
Ini adalah teknik dalam bidang ilmu psikologi, anda boleh search.

Jadi diringkaskan semula kaedah 'removes pain' - rileks - masuk alpha - beri arahan - ulang sampai berjaya. dan akhir sekali 
Alhamdulillah.. bersyukurlah setelah anda berjaya, nescaya Tuhanmu akan menambahkan nikmat ke atasmu.. wallahu'alam..

p/s: sekiranya anda begitu asyik membaca post ini dgn khusyuknya, bermakna anda sdg berada dlm Alam Alpha ;) like FB kami MINDA ABHAR