.::Apa Kata Saintis?::.


Para saintis telah mendapati bahawa minda kiri manusia adalah berkaitan dengan hal logik, berfikir secara rasional.  Minda kanan pula berkaitan dengan imej sebagai sumber kreativiti, bab seni dan pengalaman pembelajaran.  Jumlah simpanan memori minda kanan adalah 100 juta kali daripada minda kiri.  Sebagai tambahan, minda kanan mempunyai kuasa lensa (fungsi mata persediaan), telepati dan kepantasan memori ultra tinggi.  Walaubagaimanapun, sebanyak 95% manusia hanya menggunakan minda kiri sahaja.  Para saintis menunjukkan bahawa dalam seumur hidup kebanyakkan manusia hanya menggunakan 3% hingga 4% daripada jumlah keseluruhan otak. Manakala baki sebanyak 97% terbenam pada minda kanan yang tidak sedar.  Ini merupakan kenyataan yang sangat mengecewakan dan dikesali!

Pengetahuan yang disampaikan guru kebanyakkannya adalah melalui latihan yang terlalu banyak dan berulang, ujian dan cara yang pelbagai dipindahkan kepada pelajar.  Tetapi cara ini hanya dapat membuka minda kiri sahaja.  Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak kurang mendapat peluang untuk mengembangan minda kanan, salah seorang pakar pendidikan menyatakan : “ Potensi
perkembangan otak adalah seperti kita berbasikal menggunakan sebelah kaki sahaja”.

Lagi pula, potensi minda kanan jika tidak disertakan perkembangan latihan akan menjejaskan proses pertumbuhan.  Menurut pakar ketujuh pendidikan penyelidikan Jepun terhadap perkembangan otak, Dr.Ji Tian Zhen bahawa kebanyakkan pengajaran melalui pengalaman praktikal menunjukkan sewaktu fetal (semasa hamil) dan umur diantara setahun hingga tiga tahun merupakan waktu kemuncak perkembangan minda kanan. Tetapi, selepas tiga tahun, dijangka perkembangan pembelajaran bahasa menjalankan pemikiran logik minda kiri.  Selain itu, minda kiri dapat menghalang fungsi minda kanan, semasa perkembangan minda kiri, otak kanan tidak dapat memainkan peranan.  Disebabkan itulah kefungsian minda kanan tidak disedari menyebabkan manusia tidak sedar akan kewujudan untuk sekian lama.  Kadang-kala ia wujud pada sesetengah orang dan kita akan menggelarnya sebagai kebolehan luar biasa atau kebolehan istimewa.