Dalam pelbagai data klinikal yang diamati oleh para doktor jiwa mahupun saraf, menunjukkan kaitan yang sangat erat antara kualiti Jiwa dengan kualiti otak seseorang. Jika otak seseorang mengalami gangguan secara medikal atau mengalami kerosakan, maka diperoleh kenyataan bahawa orang tersebut juga mengalami gangguan Jiwa seiring dengan bahagian yang mengalami kerosakan tersebut.
Sebagaimana mata, telinga dan indera lainnya. Ini kerana panca indera adalah alat untuk berkomunikasi dengan dunia di luar tubuh seseorang. Jika ia rosak, maka kualiti Jiwanya juga menjadi terganggu. Ini menunjukkan bahwa kerosakan struktur otak ternyata memberikan gangguan pada kualiti Jiwa seseorang secara nyata. Ada bahagian-bahagian otak yang bertanggungjawab kepada emosi, rasa malu, sedih, tingkahlaku tidak terkawal, dan sebagainya.
(1) Seluruh pancaindera kita dikendalikan oleh otak. Jika sel-sel otak yang berkaitan dengan pancaindera itu rosak, maka fungsi indera kita juga bakal rosak atau tidak berfungsi secara normal. Contohnya adalah fungsi penglihatan. Meskipun organ mata kita sihat, tetapi jika sel-sel pusat penglihatan kita yang berada di Kulit Otak bahagian belakang mengalami kerosakan, kita juga tidak akan boleh melihat.
(2) Otak juga mengendalikan seluruh gerakan organ-organ tubuh. Gerakan tangan, kaki, kepala, dan seluruh otot atau persendian yang dikendalikan dari otak. Orang-orang yang terkena serangan stroke, dan kemudian mengalami kerosakan di pusat pengendalian gerakan itu, maka dia bakal mengalami lumpuh. Ada yang lumpuh separuh ada juga yang lumpuh secara total, seiring dengan tahap keparahannya. Lebih jauh, otak juga menjadi pusat bahasa. Mulai dari memori perbendaharaan kata, pemahaman, hingga kepada proses verbalnya. Pusat bahasa ini menempati wilayah yang sangat luas di otak manusia. Di antaranya daerah yang mengendalikan lidah dan tangan.
(3) Berkaitan dengan aktiviti bahasa, iaitu bicara dan menulis, ini menunjukkan bahawa otak manusia memang dicipta oleh Allah untuk banyak berinteraksi dengan bahasa. Struktur otak yang demikian ini tidak dimiliki oleh makhluk lain, selain manusia. Wilayah bahasa sangat khas pada manusia. Ini kerana dengan bahasa itulah manusia menampilkan peradabannya. Manusia boleh menulis dan menyampaikan sejarah peradabannya melalui bahasa. Manusia mengeluarkan karya-karya besarnya juga dengan bahasa. Manusia boleh merumuskan ilmu pengetahuan dan teknologi juga dengan bahasa. Bahasa menunjukkan betapa manusia adalah makhluk yang paling sempurna di muka bumi. Lebih jauh, otak juga mengendalikan fungsi-fungsi yang lebih luhur dalam kehidupannya.
(4) Berkaitan dengan emosi. Rasa senang, bahagia, sedih, menderita, benci dan kasih sayang, semuanya dikendalikan oleh pusat ingatan emosi di bahagian otak yang disebut sebagai amygdala. Sedangkan pusat ingatan yang bersifat rasional berada di bahagian otak yang disebut sebagai Hippocampus.